Thursday, March 1, 2007

Apa pentingnya pilihan raya di kampus?

Orang sebok bercerita tentang salah guna kuasa oleh pihak atasan pengajian tinggi di dalam urusan undian kampus, dan campur tangan kerajaan dan badan politik negara, sehinggakan ada perasaan tidak puas hati dan membawa masaalah ini ke mahkamah dan sebagainya. Yang jelas ialah isu ini timbul kerana adanya pilihanraya itu sendiri. Apa pentingnya pilihanraya kampus? Pilihanraya umum Malaysia nampaknya tidak cukup untuk memberikan semangat berpolitik kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehinggakan anak-anak kita di galakkan berpolitik sejak dari di institusi pengajian Tinggi. Perebutan kuasa dia ajar pada mereka dan nampaknya aktiviti ini semakin parah. Malah kini ia ditaja oleh badan-badan politik di negara kita dan melibatkan jumlah wang besar. Mungkin duit sendiri, namun disyakki duit kerajaan dan duit rakyat. Tentu tidak mustahil.
Maka seboklah bermesyuarat di PWTC, makan dihotel-hotel dan menyiapkan persiapan – persiapan untuk pilihanraya. Kalau dulu anak susah untuk balik kampung kerana banyak tesis dan menyiapkan projek yang diberikan oleh pensyarah, kini anak susah untuk balik kampung akibat sebuk berpolitik. Pelajar kini berpecah pada 2 pihak, pro-pembangkang dan pro-pemerintah atau dikenali dengan nama Aspirasi.
Kakitangan dan Pengetua pusat pengajian juga nampaknya beria-ia dalam menyokong pemerintah sehinggakan mereka juga turut bersekongkol dalam memenangi calon pro-pemerintah. Mengikut saudara saya yang berada di institut pengajian tinggi, terdapat ramai juga yang memasuki kawasan pusat pengajian yang terdiri dari orang – orang luar yang cuba untuk memberikan sokongan dan campurtangan dalam sistem politik kampus itu sendiri.
Dalam isu politik kampus ini, kebanyakan pelajar yang bergiat adalah terdiri dari bangsa Melayu, sedangkan kebanyakan bangsa asing tidak ambil peduli langsung tentang politik. Cuma diarah turun undi, maka turun lah mereka. Selepas itu lesap, hilang, masuk khutub-khanah. Menjadi kebanggaan setengah-setengah Pihak untuk melibatkan diri dalam politik kerana menjadi terkenal dan mempuyai kuasa yang tidak seberapa dalam kampus. Namun jelasnya tumpuan pelajaran mereka terjejas. Walaupun dinafikan tentang kejatuhan prestasi, namun masa untuk pembelajaran akan terjejas akibat menumpukan masa mereka dengan merancang, menyiapkan dan berkempen untuk pilihanraya tersebut.
AKIBAT PILIHANRAYA
Sudah banyak contoh kepincangan dan kasih berbelah bagi kepada rakyat akibat fahaman politik negara sekarang. Tidak dinafikan juga bahawa politik dikampus juga akan mengakibatkan sikap sedemikian. Layanan yang tidak seimbang, dalam berpolitik dan memberi kemudahan untuk pembelajaran, malah lebih merosakkan lagi ada yang sanggup memukul dan menghina pelajar yang berfahaman politik pro pembangkang. Banyak risiko boleh diperolehi dari politik dikampus, contohnya seperti berikut: -
RISIKO SEMASA
1. Pembaziran masa pembelajaran untuk sebok dalam pilihanraya
2. Berpuak – puak di dalam kampus dan sikap bermasam muka diantara pelajar 1 bilik dan 1 kuliah.
3. Permusuhan diantara penyokong mengakibatkan kehancuran bangsa MELAYU.
4. Sikap tidak adil kakitangan kampus dan sokongan kakitangan kampus.
5. Penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan kampus termasuk pengarah dan HEP.
6. Pembaziran wang dalam menyediakan persiapan pilihanraya termasuk duit sediri dan duit kerajaan.
7. Pemunduran prestasi pelajaran pelajar yang ketara, namun cuba ditutup dengan kelulusan bagi pihak propemerintah.
8. Melibatkan campurtangan kerajaan dalam pilihanraya kampus sehinggakan tanggung-jawab sebenar kerajaan ditinggalkan.
RISIKO JANGKA PANJANG
1. Rasuah dan merosakkan jabatan serta urusan pekerjaan mereka (seperti masakini).
2. Sifat menjaga kroni (seperti masakini).
3. Gila Kuasa seterusnya menjadikan mereka Gila Pangkat. (seperti masakini).
4. Lupa Tanggung-jawab. (seperti masakini).
5. Kelulusan yang rendah dalam jumlah CGPA. (seperti masakini).
6. Berpolitik di tempat kerja. (seperti masakini).
7. Sikap bermusuhan sesama pekerja yang PRO-pengarah 1 dan PRO-pengarah2. (seperti masakini).
8. Lupa tanggung-jawab untuk memajukan syarikat. (seperti masakini).
9. Sikap negative dalam menerima tugas dari majikan. (seperti masakini).
10. Sikap memerintah dan bukan menerima arahan dikalangan bekas pelajar. (seperti masakini).
11. kenaikan pangkat ketika alam pekerjaan dihasilkan lebih dari pengetahuan politik dibandingkan dengan kebolehan sebenar pekerja menunaikan tanggung-jawab. (seperti masakini).
Jika difikirkan dengan logiknya, mencari wakil ketua di dalam kampus, tidak memerlukan pilihanraya. Pihak kampus sendiri boleh memilih siapa yang mereka mahu berdasarkan tahun pengajian, keputusan CGPA penuntut dan rekod kokurikulum mereka. Kenapa boleh dicari pelajar terbaik, sedangkan ketua pelajar perlu dipilih melalui pilihanraya. Memilih ketua mudah sahaja, macam pilih ketua kelas ketika sekolah rendah dan menengah. Kenapa perlu ada pilihanraya sehingga menghabiskan masa sehingga berminggu-minggu untuk membuat persiapan dan pelajar yang turut melibatkan diri dalam semua proses pilihanraya telah membazirkan banyak masa? Jika dikatakan pemilihan wakil pelajar selama ini adalah tidak adil, adil sangatkah kalau wakil pelajar dipilih melalui pilihanraya? Adil sangatkah jikalau kemenangan pilihanraya lebih kepada pro kampus dan kerajaan? Jangan cerita pasal demokrasi jika demokrasi digunakan untuk kemenangan bagi satu pihak? Adil sangatkah demokrasi? Akibatnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seberapa dan sebagai tukang kempen, yang gagal tetap ditendang atau menjalani tempoh perhatian tambahan semestar. Sayangnya kerajaan terus memupuk remaja yang masih bersekolah menengah dengan penubuhan PUTERA. Sudah diberitahu, yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari UMNO.
KESIMPULAN
Apa rasionalnya pilihanraya di adakan dikampus, selain dari melalaikan, menjatuhkan dan merosakkan bangsa itu sendiri. Tidak ada guna kampus menghasilkan produk politik untuk masa depan negara, sedangkan produk professional semua bidang masih kekurangan. Malaysia akan lihat di masa akan datang, PWTC penuh, cakap banyak sedangkan tiada siapa untuk melakukannya. Contoh lain seperti, isu Noh Omar dengan dadahnya, tiada kejayaan. Sebab apa? Ramai sangat yang bercakap, sedangkan untuk melakukan kerja ke arah itu, 2 ke 3 kerat. Siapa yang rugi? Peruntukan kerajaan 13 juta setahun habis juga, peruntukan kondom dan jarum sebanyak 150 juta kini menunggu pula untuk dihabiskan, sedangkan dadah masih berleluasa dan terus menghancurkan rakyat dan negara.
Kepada pemimpin negara, kalau setakat bercakap, semua orang boleh. Yang susahnya untuk melakukan atau untuk mempraktikkan. Negara kini kekurangan jawatan dan pekerjaan di dalam bidang professional dan penyediaan kelulusan pelajar sepatutnya berdasarkan kepada jumlah kekosongan jawatan semasa. Rasanya graduan lulusan politik, sudah berlebihan dan berlambak. Tak payah keluarkan lagi lah produk ini. Jangan nanti berdegar hanya di dewan, membisu pada kenyataan.

Seman Oh.....Seman.....!

Seman....????Siapakah insan kerdil ini.....Kenapa namanya disebut2.!Kalo korang nak tau,seman nie adalah junior part 1 kat Kolej Sempana Riau di Uitm Segamat.Bagi aku , kehadiran seman di kolej SR menjadi impak yang besar , Sehinggakan namanya bukan sahaja popular dikalangan senior-senior tapi hingga dijadikan tajuk melodrama untuk kolej SR dan membawa kolej SR sebagai pemenang pertandingan melodrama tersebut . Aku kat cni bukan nak bincangkan pasal melodrama ni ataupun seman . Aku sebenarnya nak membincangkan bagaimana insan kerdil yang biasa dan xde langsung keistimewaan dapat membawa impak yang besar pada penghuni kolej sr . Mungkin ini yang dinamakan aura mcm Si artis mi segera yang terkenal tue..(Mawi ler tue).....xder paper keistimewaan langsung pada diri dier ...nak kata ensem...gua lagi ensem beb (tue kalo mawi dah tmbh berat sebanyak 70 kg)heheheeee...!Begitulah kuasa tuhan , ape2 pon boleh berlaku..............................!Mungkin aku xnampak lagi kot keistimewaan seman nie......pape pon...lantak ko lah...seman!Jangan lu dismissed sem depan sudeh....!



Current Playlist:
Pawana-Search!

Goblog...............!

Warkah Indipendent yang mencentus idea........................................................................!

Kenapa Aku Suka Kat Dia...!

Kenapa Aku Suka Kat Dier..????
Naper ek..????
I'm Fall in Love....!heheheeee!

Hari Malang Mat Ki......!

Waduh2.....!Kesian roommate aku yang sorang niiii...Buat baik pun kener aniaya...!Kete dier orang pinjam sampai accident....!Tapi kalo nak salah kan si peminjam pun xbley...gak..!Tapi yang penting sekarang , dier tetap cool..Kita doakan jer ar Kebahagiaan Si Mat ki nie...!Moga2 Tuhan cekal kan Hati dier...!

Anda Tidak Matang Lagi Jika::::

1. Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedngkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.
2. Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
4.Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun.
5. Asyik terkenang wajah kekasihnya yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pula wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.
6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahwa anda sendiri tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.
7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika menunaikan solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah ‘I Love You’ berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar!

Salah ke...???

Umur aku dah masuk 21 tahun . Sedar xsedar dah lama aku tinggalkan sekolah . Dah boleh mengundi rupanya aku nie . Aku nak mengundi parti mana ek???huuhuuu;p … Pas, Keadilan atau Umno…sebenarnya aku tak menyokong mana-mana pihak . Semua parti-parti yang aku sebut tadi atau tak , semuanya hipokrasi . Semuanya ada kepentingan sendiri . Aku terpikir kenapa politik nie terlalu kotor ? Kenapa pemimpin yang korupsi dan pecah amanah kita sokong ? Kenapa pemimpin yang jahil tentang agama kita sokong dan agung-agungkan…..!Aku hormat dengan Tun Mahatdir . Banyak perubahah yang baik telah orang tua ni buat . Tapi aku rasa tentu dier dah tersedar bahawa selama ini orang-orang bawahan dier (menteri-menteri kabinet lerrr tuu) yang kononnya setia hanyalah lakonan semata-mata . Sekarang dier dilayan seperti sampah yang hanya layak duduknya dicelah-celah bontot . Kesian orang tua tu , jasanya seperti tidak dikenang langsung . Betul kata Tun yang melayu mudah lupa . Skang kita dapat tengok kan? Aku cukup benci ngah joyah seekor dalam umno nie …..Si Rafidah Aziz …dulu biler si tua ni nak letak jawatan dier la yang beriya-iya menangis bagai nak rak seperti perempuan yang telah di cabul peghormatannya . Sekarang tengoklah dier yang menentang tun . Adakah si Joyah nie tak ingat yang saper dier dan dimanakah dier dulu . Bagaikan sampah yang xder tempat dalam tong sampah dier layan tun .Lagi satu si sami dalam Umno nie bler nak letak jawatan plak.Tak abis-abis nak naikkan tol dan takkan tak cukup-cukup lagi makan duit kerajaan.Dah ler tue Mr Sammy. Memang macam-macam kepincangan berlaku dalam politik dinegara kita .Dan kesimpulannya kat cni aku nak buat ialah Kalau kita takder kuasa xder saper yang nak dengar Suara kita. Moga-moga Tun dapat terima yang dier bukan lah lagi perdana menteri lagi. Dah ler malas aku nak cakap lagi . Nanti keener tahan ISA plak..huhuhuuu!Jumper ar lagi untuk post yang akan datang …..;p

Uitm dihatiku

Uitm di hatiku….besar giler pengertiannya pada pelajar-pelajar mahupun bekas pelajar Uitm dan Itm. Bagi aku , memang aku bangga dan bersyukur kerana dapat belajar di Uitm ,yang seperti kita tahu adalah diantara institusi pengajian tinggi yang terkenal di negara kita , selepas bertukar beberapa kali tempat belajar.heheheheeee.(GUA BERHIJRAH LA;P). Ada juga di antara kita yang telah menyimpan impian sejak di bangku sekolah lagi untuk melanjutkan pelajaran di uitm dan ada juga yang berfikir bahawa uitm adalah universiti kelas kedua ataupun terpaksa belajar kat uitm sebab dah xder mana2 universiti nak terima . Tapi lantaklah aper yang korang nak fikir sebab kat sini bukan itu yang nak aku luahkan . Seperti yang sesetengah dari kita ketahui bahawa uitm sekarang sedang mengejar status universiti berkelas dunia . Seiring dengan itu pihak Uitm telah menambahkan bilangan pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian . Ini telah mendatangkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar senior dan pihak pengurusan Uitm sendiri . Yang aku cuba tekankan disini adalah , bagaimana pihak uitm tidak menyediakan kemudahan para pelajar sebelum menambah bilangan pengambilan para pelajar bagi setiap sesi . Kini masalah kekurangan bilik asrama dan pensyarah serta kekurang kelas telah menjadi masalah utama bagi hampir setiap Cawangan Uitm di seluruh negara . Di Uitm cawangan segamat sendiri , pihak pengurusan kolej terpaksa menyediakan dorm untuk menampung bilangan pelajar yang bertambah . Dan ada ura-ura yang menyatakan bahwa pelajar semester ke 5 dan 6 akan di arah keluar dari kolej kediaman pada semester hadapan . Ini menimbulkan masalah kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana kedudukan kampus yang agak jauh dari kawasan perumahan . Dari apa yang aku tahu , pelajar diploma mempunyai hak untuk tinggal diasrama sehingga tamat pengajian dan disini DIMANAKAH HAK KAMI….?Pada awal semester baru-baru ini juga banyak berlaku masalah dalam system pendaftaran dan penyusunan jadual waktu kelas serta pembahagian kelas . Kekurangan pensyarahan untuk subjek bahasa seperti bahasa Mandirin juga memberi kesan pada pelajar . Ada diantara kelas yang dipaksa untuk mengambilk subjek bahasa Arab kerana kekurangan pensyarah bahasa Mandirin . Bagi pendapat aku , penambahan bilangan pelajar pada masa sekarang adalah sangat-sangat tidak relevan dan tak masuk akal . Jika kita lihat pada infrastruktur uitm yang usang dan tak mampu untuk menampung pelajar yang ramai . Kita juga dapat lihat dari pengalaman semester lepas . Jika pengambilan pelajar pada semester itu ramai maka ramailah yang akan ditendang keluar . Bagi saya uitm sekarang hanyalah mementingkan kuantiti tetapi bukan quality. Sungguh memalukan bila kita lihat pelajar di Uitm duduk di dorm2 berhimpit2 seperti di rumah kongsi . Tidak seperti di Universiti-universiti tempatan lain. Bagi aku Uitm ini bagaikan perbahasa “ Indah Khabar Dari Rupa” . Adakah Uitm layak untuk menjadi universiti berkelas dunia sedangkan perkhidmatan yang diberi seperti kelas ketiga . Aku rasa suasan di politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti adalah jauh kali lebih baik dan berkali-kali lebih selesa dari Uitm . FIKIRKANLAH DIMANAKAH LETAKNYA KELAS DUNIA PADA UITM…?????ADAKAH HANYA DI MULUT SAHAJA…………………………….

Pagi yang sejuk dan mengantuk....!

Arghhhh………!Malas betul nak betul nak bangun pagi . Aku pun capai handphone aku kat bawa bantal . “Baru pukul 7.20 a.m !”.selalu aku bangun pukul 7.30 a.m bermakna aku ada 10 minit lagi masa tido . Tak baik membazir…..;p . Nanti kalo dah 7.30 a.m mesti Matki atau Kuni akan kejutkan .heheheeeeeee..!Matki ngan kuni adalah roommate aku selain Luta senior DIIA part 6 . Aku tengok roommate aku masih di ulit mimpi. Matki tersenyum-senyum dalam tidur . Ntah aper yang dimimpi agaknya . Mungkin sedang bersoronok ngan kekasih hati agaknya . Yerlah , orang dah ader Makwe . Agaknyer ar…!heheheeeee..!Aku plak masih solo lagi…selepas aku putus ngan girlfriend aku semester lepas .Biler ar aku nak ada awek . Tapi kekadang tue macam tak relevan plak….nape aku nak ader awek???Naper ah???Ntah ler ek…Skang nie macam trend plak . Hampir setiap orang mesti ada awek . seolah-olah satu kewajiban bagi seseorang remaja tu . Dulu aku ada seorang member yang tak nak ber-awek sehingga dier abis blajar . Tapi couple gak skang . Hehehee..!Lantak kau ler……!Yang pasti orang yang bercinta pada zaman sekarang bukan macam orang dulu . Orang skang kalo dah couple jer bermakna setakat pegang-pegang atau cium-cium tu seolah-olah menjadi perkara biasa dan wajib…dah macam suami-isteri . Ada yang lagi advance terus bersekedudukan . Aper ar nak jadi kan????Kalo ditanya pada yang jantan (yerlah aku pon jantan gak , tak kan nak Tanya kat orang pempuan kot…xpepasal kena penampor)xkira yang alim atau pon yang main langgar jer hokum tuhan pasal pegang-pegang dan cium-cium nie mesti jawapan dier samer . “alarrr…biasa ar orang bercinta…paham-paham sudah…”. Ini lah jawapan yang aku sering terima . Sampaikan kalo kita tengok member-member aku yang couple jalan pegang-pegang tangan pon dah tak rasa aper , seolah-olah bender tu dah jadi tradisi kita . Tapi kalo dipikirkan dari hukum agama , semua benda tue berdosa dan membawa kene neraka . Tapi semua dah xamik kisah seolah-olah xder aper yang berlaku . HUKUM TETAP HUKUM BEB……!Aku xcakap aku nie baik sangat…aku pun satu ketika dulu pernah gak terjebak (Jahat gak aku nie) tapi skang nie insyaallah aku akan cuba menjauhinya….serius…!Dan ke-soloan aku nie juga adalah factor yang membantu aku untuk tudak melakukan benda-benda maksiat tue . Aku cukup kelakar kalo ada pempuan yang kata dier cukup jaga batas-batas biler kuar ngan Boyfriend orang . Paling sikit pon pegang-pegang tangan mesti ada , walau baik macam mana pun . Dah tentu diorang kuar dating berdua-dua kan . Cinta suci konon …..!setan xmemilih mangsa…api neraka pun macam tue…!INGAT HUKUM TETAP HUKUM….!Hukum tuhan kalo dibawa main , keneraka ar jawabnya……!Alamak dah pukul 7.40 a.m…xsedar lamer gak aku termenung dalam susasana sejuk pagi di Segamat yang sesuai untuk tidur..heheeee!Budak-budak ni pun bukan nak gerakkan aku dari mengelamun..K lah..aku nak pegi mandi , siap-siap pegi kelas….!Arghhhhhh!(mengeliat tak ingat dunia…)…..!

Current Playlist:
Alkaline Trio-Radio…….